Thursday, April 19, 2018

Tips untuk soalan peperiksaan spa separa perubatan(pengalaman sendiri)

Ok, aku sebenarnya hari tu dapat email spa untuk ujian sebelum dipanggil temuduga.Lulus ujian barulah dipanggil menjadi calon temuduga spa separa perubatan.
Separa perubatan atau orang putih sebut pramedic,sebenarnya dia separuh dari perubatan.Dah nama para kan.Kalau nak tau pasal kerjaya atau kursus yang ditawarkan oleh pihak KKM(Kementerian Kesihatan Malaysia) bukak portal rasminya.Nanti aku update ok pasal tu nah.
Untuk mohon,boleh buat kat spa8 online.Kat situ,isilah borang dia dulu selengkapnya dan bahagian kerjaya pilih dekat bahagian separa latihan.Ada 10 kursus ditawarkan setiap tahun Dan tahun ni,tarikh dah tutup ya sebab iklan dia bulan 1,so korang kena alert.

Image result for ujian
Image From:Google

Ni bukan soalan bocor tau,Ni adalah persediaan aku sebelum jawab ujian tu.Aku tulis dan catat banyak dalam buku.Pengalaman aku ambil ujian tu amat mendebarkan,takut persediaan aku buat tak cukup.Ya lah manalah aku tau bentuk soalan berapa soalan pun aku tak tau.So kena jawab cepat dan tepat ya.Masa diberi ikut jam dia.
Panjang-panjang cerita,ni tips:

1.Pastikan kau ada internet laju,kalau ada internet sendiri kat rumah lagi bagus.Takut nanti tak boleh jawab,kau yang nak marah.Aku pun ritu pakai internet rumah,haha mau tak nangis,dah 4 minit masa berlalu soalan satu pun tak keluar lagi untuk seksyen yg ke-2 tu.Alhamdulillah,boleh jugak jawab.

2.Kau bacalah balik Sains Tingkatan 4 dengan Tingkatan 5.Incase lupa,kalau otak kau genius boleh ingat balik spm,wah hebat.

3.Baca pasal kesihatan umum.Baca ja dekat portal health kat laman web KKM.Ada pasal penyakit terkini,virus pun kena tau juga,simptom2 dan nama ubat.

4.Kau kena tau pasal  dan prihatin tentang KKM.buka laman web rasmi dia,cari misi,visi,piagam pelanggan,moto serta kempen kesihatan.Nama kempen jugak kena ambik tau.

5.Cari pasal sejarah KKM.Kenalah tau pasal hospital,klinik,kolej kesihatan,sejarah tau,maksudnya carilah kronologinya.Pandailah hafal ya.

6.Menteri dia sapa,Timbalan Menteri ni boleh prepare jugak untuk temuduga nanti.

7.Kalau soalan tanya pasal minat,kau jangan nak tuju kerjaya lain.Dah minta sains kan mestilah ada kena mengena dengan sains.Takpa kalau kau tak ambil aliran sains tulen kat sekolah.Nanti belajar jugak masa kursus.Cuma kalau yang dah ambik tu,mudahlah dia nak faham sebab dah terbiasa masa sekolah.Nak belajar ni kena rajin.Kadang-kadang kantoi jugak budak sains stream/tulen ni.So better kau jangan sombong dan ajarlah kawan lain.Soalan minat2 ni,ko kena yakin dan jawab mesti betul.Dan soalan maybe tricky sikit so cek baliklah ya kalau sempat.Ayat lain tapi sama maksud,hati-hati!

Lupa nak bagitau,dia ada dua seksyen tau.
1.Psikometrik.So psiko kau sikit,kau kena pandailah tackle balik.Ya atau tidak ja.
2.Pengetahuan am(Tu aku tulis tips panjang-panjang kat atas tu,silakan cari ya.Kalau boleh prepare awal.Sebab nak baca ubat,rawatan,jenis penyakit bukan senang.

Satu lagi jangan bukak banyak tab kat laptop yang sama ya.
Mungkin akan terganggu korang punya internet dan lambat.

Minta restu mak ayah sebelum periksa dan doa kat Tuhan,habis tawakal lah ya.Apa pun result nanti,korang ada rezeki masing-masing.Tak perlu putus asa.Masih ada lagi jalan.Setiap tahun spa bukak peluang,jangan risau.

Sekali lagi diulang ni pengalaman persediaan aku nak ambil ujian.Aku usaha cari kat internet,tanya mak ayah hari sebelum ujian tu.So bukan senang-senang ja aku nak bagi contoh soalan sebab aku pun cari jugak bahan.Cari rujukan bukan soalan okay.AMARAN ya ni tips saja daripada pengalaman aku tak seberapa ni.
Nak berjaya,usaha okay.

bye.