Thursday, July 10, 2014

Bersatu teguh bercerai roboh

Kita digemparkan dengan kisah pilu saudara Islam kita yang menderita akibat perbuatan yang tidak rasional.Kesannya yang lebih menyedihkan insan kecil yang tidak berdosa atau masih lagi belum mumaiyiz pula menjadi korban. Apa yang akan kita rasa kalau salah seorang orang yang kita paling sayang hilang meninggalakan kita di dunia?Perasaan seorang ibu melihat anaknya dalam kesakitan?Perasaan seorang anak kecil yang masih kebingungan melihat ibunya menderita?Perasaan seorang suami melihat isterinya dizalimi dan disakiti sedangkan suami itu sendiri tak pernah menyakiti isterinya?Banyak persoalan kan?

Kenapa sampai sekarang mereka di sana tak pernah aman dan tenteram .kita  mesti selidik kelemahan yang terdapat pada pihak lawan.Kita sebagai orang biasa yang sememangnya tidak mempunyai kuasa tidak mempunyai kemampuan.Tetapi jika kita mempunyai kuasa,kita mampu mengubahnya.Kuasa yang saya maksudkan ialah :\

1-ilmu
Ilmu bukan hanya untuk nak bekerja atau capai cita-cita .Tetapi ilmu yang hakiki sebenarnya ilmu yang membawa manfaat bukan sahaja kepada diri malah kepada seluruh umat Nabi Muhammad SAW.Sebenarnya,Allah amanahkan kita untuk berusaha mencari ilmu di dunia,oleh sebab itulah Allah pinjamkan dunia sementara buat kita.Hidup ini umpama puzzle.Kita sendiri mestilah berusaha melengkapkan ruang-ruang kosong tersebut barulah kita dapat tahu apa isi hendak disampaikan.

2-semangat
 Umat Islam haruslah mempunyai semangat yang kuat untuk mempertahankan agama.Semangat yang kuat boleh dipupuk dengan meletakkan niat sebagai asas yang kukuh.Niat tersebut mestilah hanya kepada ALLAH SAW.InsyaAllah,Allah akan memberikan kekuatan semangat itu kepada orang yang bersungguh-sungguh.



3-peluang
Bijak mengambil peluang adalah ciri-ciri yang perlu ada pada seorang umat islam.Jadi,umat Islam perlu bijak menguasai bidang-bidang tertentu agar Islam menjadi kuat.Sebagai contohnya,bidang pentadbiran- kita dapat menyelitkan unsur-unsur Islam di samping mempertahankan hak orang Islam.

4-kepimpinan
Semua manusia adalah khalifah di bumi.Ciri-ciri kepimpinan mestilah sesuai dan contoh pemimpin terbaik ialah Rasullah SAW.Pemimpin mestilah bijak berpidato untuk menyangkal hujah orang lain dan adil terhadap rakyaknya.

5-ketenteraan
Sistem ketenteraan mestilah moden dan sistematik. Kaji dahulu sistem ketenteraan yang kuat di negeri lain dan cuba selitkan dalam sistem tesebut.Tentera tersebut mestilah mempunyai semangat patriotik yang tebal untuk negara.

6-doa
kekuatan umat Islam bergantung kepada Allah.Kita mestilah meminta pertolonganNya dan Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Allah pencipta dunia dan boleh mengubah sesuatu dengan sekelip mata.Bukan silap mata.

7-bersatu
bersatu penting dan banyak manfaatnya.Bersatu dapat mengumpul kekuatan yang luar biasa dengan izin Allah.Kalau kita capai kata sepakat kita dapat bekerja dengan mudah.

No comments:

Post a Comment