Thursday, May 15, 2014

Boleh Percaya ke tak?

Aku rasa  perempuan ni jenis senang nak makan rayu termasuk akulah tu.Aku tak tau nak cakap apa kalau seseorang tu sedang menanti seseorang biarpun dia tak pernah pasti cintanya dibalas.Aku bukanlah nak salah sesiapa tapi aku cuma nak kongsi pengalaman.Aku ni sudah rasa pahit dan pedih hati ni dalam percintaan tapi taklah seteruk mana pun.Cuma sikit dan tahap ciput ja pengalaman tu.

Okay,situasi ni macam mana ada seorang lelaki ni hantar sms kat kita kata dia nak kawan dengan kita.
-nak kawan boleh,berkenalanlah dengan dia
-sembang-sembang
-kongsi cerita masing-masing,masalah

tapi hubungan mereka ni semakin rapat sampai perempuan ni pernah tersuka,terjatuh,tercinta,terminat.
Selalunya perempuan akan minat seseorang dengan cepat.Walaupun tak semua perempuan macam tu,tapi ada jugak yang lambat nak rasa,mungkin dia tengah loading kot.
Then,lelaki ni minta nak couple......Apa jadi kat perempuan ni.......semakin sukalah kat lelaki tu.Terus terima and hari-hari yang dilalui sangat indah.Bangun tidur,ada orang ucap good moorning,tengah hari,you makan ke belum dan malam,good night and have a nice dream.Seronok kan.

Tiba-tiba tiga bulan telah berlalu ......
tiada berita pun dari lelaki itu.Perempuan tersebut mula merindui kekasihnya.Dia menghantar macam-macam mesej dan meniliti mesej terdahulu dengan kekasihnya.Tetapi,masih tiada respon dari lelaki tersebut.Semakin risau dan bertambah rindu perempuan itu kepadanya.

Setahun kemudian,
Perempuan tersebut pergi membeli belah dengan kawan-kawan.Dan dia ternampak lelaki yang familiar sedang berjalan dan berpegang tangan dengan perempuan lain.Perempuan tu cuba untuk melihat dengan lebih dekat untuk mendapatkan kepastian.Rupa-rupanya,betullah kekasihnya.

Bagai kaca yang menghempas lantai.aku tak pasti betul ke tak peribahsa tu.perempuan terus minta break dari lelaki tersebut.Lelaki itu dengan senangnya mahu melepaskan perempuan tersebut.Ikrar janji taat setia telah dinodai dan perempuan beredar dengan hatinya yang patah seribu.

Beberapa hari selepas itu,
lelaki tersebut cuba untuk mendapatkannya kembali.Dia menggunakan pujuk rayu untuk mencairkan hati perempuan itu.Sejambak bunga hadir di hadapan rumah perempuan tersebut setiap pagi.Perempuan mula untuk memaafkan lelaki tersebut dan mereka kembali menjadi pasangan kekasih seperti dahulu.

Dan lelaki tersebut melakukan perkara yang sama kepada perempuan itu.Alangkah sedihnya menjadi mangsa permainan hati.Hati perempuan tersebut luka berkali-kali menyebabkan dia fobia untuk percaya dengan lelaki.


Natijahnya,kawan hawa please jangan bagi 100% kepercayaan kepada kaum adam sangat-sangat.Mungkin ada yang sangat  setia tapi mugkin ada yang mengambil kesempatan terhadap anda.Luka berkali-kali adalah luka yang paling parah untuk hati dan sangat susah untuk mengubatinya.Anda harus percaya Love is Come And Bye.Maknanya,sangat susah nak cari cinta sejati.Jika anda baru putus,cuba fikir kenapa Allah tunjukkan dekat anda tentang perangai bekas kekasih anda awal-awal,sebelum anda berkahwin dengannya.Allah sayangkan anda lebih daripada lelaki 'itu' menyayangi anda.Jadi kena kuat dalam hidup.







Wednesday, May 7, 2014

What I want..........

Apa yang sering menganggu kita tiap2 hari dan kita x pernah tahu pasal tu.Sebenarnya kemahuan dan keinginan kita yang menghantui kita.Apa hantu?Hei,Kau ni janganlah mengusik aku.Dahlah duduk sorang2 ni.Ok,ok.Ni serious nah.Cakap pasal hantu?Wei,dia ni mula dah?Kau nak makan nasi ka nak makan penumbuk.Dua-dua aku x nak.Aku nak ayam.Ish,seriuslah.Ermm....

Keinginan atau dalam bahasa yang lebih kita kenali ialah hawa nafsu.Hawa nafsu ni ada macam-macam.Ala macam-macam Aznil tulah.Ishh....kau ni diam boleh tak.Kita semua ni ada hawa nafsu termasuk akulah.La takkan pinggan mangkuk kot.Kau ni kan nak makan mangkuk botingkek-botingkek kot.Wo,Duit den bertingkat-tingkat.Ok dah x nak merapu dah ni.

Aku nak kongsilah keinginan aku ni.Antaranya:

-suka makan .Makan aku tahap giler2 kalau aku jumpa KFC memang 5 ketul ayam tu parah dah dengan aku.Tapi bukan jumpa kat tepi jalanlah,aku pun x nak.Yang sapa aku x taulah.
-suka menyanyi 
ni tabiat aku yang mak dengan ayah aku sendiri tak tahu.Aku memanglah suka melalak time orang x ada.Correction tape sikit neh,time kawan-kawan aku berani,tu perempuanlah.Aku ni kan spesies yang boleh dikatakan takut dengan lelaki.

-suka pendam perasaan 
Aku ni memang jenis yang macam ni.Even dia tu kawan baik aku.tapi bukan semua dia tahu pasal aku.Minta maaflah kat kawan aku tu.Bukan x nak bagitau tapi aku perlukan masa.Nanti aku akan bagitau jugak.
Dan aku ni jenis nak jaga hati kawan dan aku tak terus bagitau kat dia.Aku akan fikir dulu dan macam biasa kalau aku menyanyi dengan pandang luar tingkap Ferrari aku tu,adalah yang tak kena.Sama jalah dalam kereta mak dengan ayah aku.Tapi aku tak nyanyi.Aku takkan cakap dengan orang yang aku merajuk sampai hati aku ni sejuk.

-suka berangan 
ni dah menjadi sifat aku dah ni.Tapi berangan aku berlainan dengan orang perempuan yang lain.Aku ni memanglah perempuan tapi aku tak sama dengan mereka.Aku ni suka benda-benda yang agak kelakian tapi aku x ubah personaliti aku ni.Memanglah orang x percaya aku ni kasar sebab aku ni nampak ayulah sangat tapi kat luar aku pilih jeans dan tshirt.Jarang aku nak pakai baju kurung dan blouse tu pun mak suruh.Aku tak minat fesyen tapi aku minat dengan something yang macam....ermmm..ha ...alat muzik,kereta,motor dan yang sama waktu dengannya.
ok sampai ni jalah aku nak tulis.Jadi keinginan tu tak salah.Cuma yang salahnya kita berkeinginan bertentangan dengan syarak.Kita sendiri yang kena kawalnya.ok....renung-renungkan dan selamat berangan.