Thursday, March 13, 2014

Kem Nur Hijrah,Batu Hampar,Yan,Kedah Bahagian 1

Reaction GIF: no, what?, Dr. Cox, ScrubsApa kena pi kem?ok.Aku hari nak cerita pasal kem yang aku pi minggu lepas.Start hari Khamis sampai hari Sabtu.Kira,aku ni memang x balik dah hari khamis tu sebab aku dok Changlun kot.Sebenarnya risau x sempat nak sampai awal kat sekolah,jadi aku pun duduklah dengan nasuha.Cua pun x balik sebab dia teman aku.Alhamdulillah dia ada dengan aku.Kami geng pengawas dibenarkan pulang pukul 12.00 dan aku dengan Cua pun keluarlah kelas.Kami pi makan dulu sementara nak tunggu abang aku sayang sorang nak hantar beg camping aku.Paling sedihnya,aku dengan Cua hanya makan bubur nasi cap apalah x tau tapi bukan cap yang Cua suka.Aku ni first time makan bubur nasi tu tapi aku x kisah dah sebab lapar giler.Jadi,dengan perasaan bingungnya aku tengok ja mesin air panas tu.Bukan sebab x suka makan bubur tu tapi aku sebenarnya malu sebab aku x reti macam mana nak bubuh air panas tu.Cua pun gelak kat aku pastu dia ajar aku.Cua sabar jalah walaupun dalm hati macam nak sekeh aku.Kami makan bubur tu dan aku rasa sedap giler sampai akulah yang paling awal habis.Tapi memang aku ni jenis makan cepat maklumlah gelojoh.Tapi aku x kisahlah orang tengok aku pelik.Tak dalah gelojoh sangat macam kat bawah ni.Aku x kisah sebab aku bubur nasi ikan bilis cap apa tah,kau ada?Hehehe,makanan murah pun nak riak.Astaghfirullahalazim.

Aku naik bas B tapi Cua dapat bas A,jadi kami berpisah.Dalam bas,aku duduk dengan Lailatul Qamarina.Senyap giler der duduk dengan dia sampai aku tidur terus sampai kem.Yang duduk dekat depan aku pulak ni hingat memanjang ja.Siapa lagi kalau bukan Syasya dengan Profesor Alia.Mungkin mereka ni excited kot .Aku jangan haraplah nak excited nak pi kem sebab aku tension dengan exam aku.Sebelum kami sampai kat kem kami terpaksa berjalan sepanjang 1.5 km.Bayangkanlah dengan beg yang muatan penuh macam trailer pi Kelantan.Lambat giler kot tapi aku press kelajuan aku ni sikit sebab aku x nak lambat macam 'Ferrari'.Dengan meniru gaya Alia memeluk beg dia aku pun berjalan dengan penuh ketabahan.Sampai ja kt sana,ustazah Atmarwati menyambut kami dengan penuh keriangan maklumlah kami berjaya sampai.Semua orang penat giler dan kami duduk terjelepok sesudah sampai.Kami disediakan minum petang dan selepas tu ucapan taklimat diberikan oleh Tuan Arif,Ketua Jurulatih kat kem ni.Ada beberapa orang yang menjadi fasilitator kami ,antaranya ialah Tuan Arif yang tambah lauk ayam kat aku waktu nak balik,Tuan Naim yang stylo,Tuan Asyraf yang suka halaqah,Tuan Ajmal yang suka denda kami,Puan Diyana yang x bagi kami duduk sandar yang kat surau,Puan Enaz yang lantang bersuara,Puan Dila yang suaranya merdu  tidak lupa Tuan Bokhori yang mengajar kami untuk menjadi pengawas yang giler.Mereka ni semua supporting belaka2 lah.

Kami diberi masa untuk tukar pakaian tapi aku memang x nak tukar pakaian pun.Eee pengotornya aku bukan?Aktiviti diteruskan lagi selepas solat Asar dan kami berkumpul di padang.Tuan Naim datang dengan segak bergayanya dan Tuan beritahu kami pasal ego.Dlm diri kami masih terdpat ego dan sombong jadi dengan adanya wisel kami dpt redakan ego.Jadi,first lesson,wisel pertama,meniarap.Wisel kedua.guling dua kali dan wisel ketiga bangun tanpa kibas baju.Memang banyak kali jugak kena wisel sebab pakat2 ego.Lepas tu,Tuan Naim tanya 'Apa itu Ice-Breaking'.Macam2 jawapanlah yang diberikan termasuklah pecahkan ais pun ada.Di situ juga, kami dibahagikan kepada 4 kumpulan,A,B,C dan D.Aku dapat masuk kumpulan D dan kami melantik  ketua kumpulan kami,Zariq, penolong, Kak Sharifah dan Bendahari Syasya.Kami diberikan RM250 wang palsu dan dikehendaki untuk menguruskan akaun dengan sebaiknya.Maknanya,kalau kami buat salah atau kalah, kami kena bayar denda.Tapi kalau kami menang game kami dapatlah duit.Yeyeye bila dapat duit tapi bila kalah muka pakat masam ja.Tak pa kita kan sebagai sebuah team kenalah selalu bekerjasama okey.

                                                Reaction GIF: facepalm, Ariel, The Little Mermaid
ok,takat ni jalah aku nak cerita pasal kem nanti aku sambung balik kat entry post yang baru khas buat kem kepimpinan pengawas ja ye.Bukan apa aku tau dah orang yang tengah baca blog aku ni mesti jemu habis sebab kali ni aku tulis panjang giler.Sebab tulah aku buat sambungan dalam bahagian 2.Eh,eh macam Upin Ipin lah pulak.Apa2 pun kem ni terbaiklah yang aku pernah pergi.Ha,sebeum lupa aku nak minta maaflah kat siapa2 yang aku terguris hati semasa kem ka atau masa aku tulis blog ni.Aku ni bukan apa,aku manusia yang mudah melakukan kesilapan.I'm sorry.