Thursday, March 13, 2014

Kem Nur Hijrah,Batu Hampar,Yan,Kedah Bahagian 1

Reaction GIF: no, what?, Dr. Cox, ScrubsApa kena pi kem?ok.Aku hari nak cerita pasal kem yang aku pi minggu lepas.Start hari Khamis sampai hari Sabtu.Kira,aku ni memang x balik dah hari khamis tu sebab aku dok Changlun kot.Sebenarnya risau x sempat nak sampai awal kat sekolah,jadi aku pun duduklah dengan nasuha.Cua pun x balik sebab dia teman aku.Alhamdulillah dia ada dengan aku.Kami geng pengawas dibenarkan pulang pukul 12.00 dan aku dengan Cua pun keluarlah kelas.Kami pi makan dulu sementara nak tunggu abang aku sayang sorang nak hantar beg camping aku.Paling sedihnya,aku dengan Cua hanya makan bubur nasi cap apalah x tau tapi bukan cap yang Cua suka.Aku ni first time makan bubur nasi tu tapi aku x kisah dah sebab lapar giler.Jadi,dengan perasaan bingungnya aku tengok ja mesin air panas tu.Bukan sebab x suka makan bubur tu tapi aku sebenarnya malu sebab aku x reti macam mana nak bubuh air panas tu.Cua pun gelak kat aku pastu dia ajar aku.Cua sabar jalah walaupun dalm hati macam nak sekeh aku.Kami makan bubur tu dan aku rasa sedap giler sampai akulah yang paling awal habis.Tapi memang aku ni jenis makan cepat maklumlah gelojoh.Tapi aku x kisahlah orang tengok aku pelik.Tak dalah gelojoh sangat macam kat bawah ni.Aku x kisah sebab aku bubur nasi ikan bilis cap apa tah,kau ada?Hehehe,makanan murah pun nak riak.Astaghfirullahalazim.

Aku naik bas B tapi Cua dapat bas A,jadi kami berpisah.Dalam bas,aku duduk dengan Lailatul Qamarina.Senyap giler der duduk dengan dia sampai aku tidur terus sampai kem.Yang duduk dekat depan aku pulak ni hingat memanjang ja.Siapa lagi kalau bukan Syasya dengan Profesor Alia.Mungkin mereka ni excited kot .Aku jangan haraplah nak excited nak pi kem sebab aku tension dengan exam aku.Sebelum kami sampai kat kem kami terpaksa berjalan sepanjang 1.5 km.Bayangkanlah dengan beg yang muatan penuh macam trailer pi Kelantan.Lambat giler kot tapi aku press kelajuan aku ni sikit sebab aku x nak lambat macam 'Ferrari'.Dengan meniru gaya Alia memeluk beg dia aku pun berjalan dengan penuh ketabahan.Sampai ja kt sana,ustazah Atmarwati menyambut kami dengan penuh keriangan maklumlah kami berjaya sampai.Semua orang penat giler dan kami duduk terjelepok sesudah sampai.Kami disediakan minum petang dan selepas tu ucapan taklimat diberikan oleh Tuan Arif,Ketua Jurulatih kat kem ni.Ada beberapa orang yang menjadi fasilitator kami ,antaranya ialah Tuan Arif yang tambah lauk ayam kat aku waktu nak balik,Tuan Naim yang stylo,Tuan Asyraf yang suka halaqah,Tuan Ajmal yang suka denda kami,Puan Diyana yang x bagi kami duduk sandar yang kat surau,Puan Enaz yang lantang bersuara,Puan Dila yang suaranya merdu  tidak lupa Tuan Bokhori yang mengajar kami untuk menjadi pengawas yang giler.Mereka ni semua supporting belaka2 lah.

Kami diberi masa untuk tukar pakaian tapi aku memang x nak tukar pakaian pun.Eee pengotornya aku bukan?Aktiviti diteruskan lagi selepas solat Asar dan kami berkumpul di padang.Tuan Naim datang dengan segak bergayanya dan Tuan beritahu kami pasal ego.Dlm diri kami masih terdpat ego dan sombong jadi dengan adanya wisel kami dpt redakan ego.Jadi,first lesson,wisel pertama,meniarap.Wisel kedua.guling dua kali dan wisel ketiga bangun tanpa kibas baju.Memang banyak kali jugak kena wisel sebab pakat2 ego.Lepas tu,Tuan Naim tanya 'Apa itu Ice-Breaking'.Macam2 jawapanlah yang diberikan termasuklah pecahkan ais pun ada.Di situ juga, kami dibahagikan kepada 4 kumpulan,A,B,C dan D.Aku dapat masuk kumpulan D dan kami melantik  ketua kumpulan kami,Zariq, penolong, Kak Sharifah dan Bendahari Syasya.Kami diberikan RM250 wang palsu dan dikehendaki untuk menguruskan akaun dengan sebaiknya.Maknanya,kalau kami buat salah atau kalah, kami kena bayar denda.Tapi kalau kami menang game kami dapatlah duit.Yeyeye bila dapat duit tapi bila kalah muka pakat masam ja.Tak pa kita kan sebagai sebuah team kenalah selalu bekerjasama okey.

                                                Reaction GIF: facepalm, Ariel, The Little Mermaid
ok,takat ni jalah aku nak cerita pasal kem nanti aku sambung balik kat entry post yang baru khas buat kem kepimpinan pengawas ja ye.Bukan apa aku tau dah orang yang tengah baca blog aku ni mesti jemu habis sebab kali ni aku tulis panjang giler.Sebab tulah aku buat sambungan dalam bahagian 2.Eh,eh macam Upin Ipin lah pulak.Apa2 pun kem ni terbaiklah yang aku pernah pergi.Ha,sebeum lupa aku nak minta maaflah kat siapa2 yang aku terguris hati semasa kem ka atau masa aku tulis blog ni.Aku ni bukan apa,aku manusia yang mudah melakukan kesilapan.I'm sorry.

Sunday, March 9, 2014

Beberapa jam,hati sudah dicop

Cop,apa maksud cop ni?Alah kau ni cop pun x tau!Maksudnya,jatuh hati lah.Ermm....sapa dah curi hati kau ni.Alah malulah aku macam ni.Dalam masa beberapa jam,aku sudah jatuh hati dekat seorang senior aku ni.Umur dia 18 dan tengah tunggu result SPM.Aku x nak lah nak bagitau dia tapi aku juz nak suka dia secara sederhana.Kalau ada jodoh,x ke mana pun.Aku cuma terkejut bila aku macam berdebar2 depan dia dan kadang2 aku ternampak dia curi-curi pandang kat aku.Aku bukan nak perasan cuma dah banyak kali dah dia kantoi dengan aku.Kawan baik aku pun perasan.Kawan dia pun tegur pasal tu .Aku rasa kawan dia cemburu sebab aku tengok cara kawan dia layan aku kasar gila kot.Aku takut giler.Kawan dia tu masa first time jumpa,senyum2 kat aku tapi lepas tu layan aku macam orang yang x suka.
Aku akan ingat kenangan ni sampai bila2.Dan aku berdoa agar Allah akan temukan jodoh kami kalau ada jodohlah.Tapi kalau x dapat,aku x lah kisah sangat walaupun sedihlah jugak.Allah sentiasa bagi benda terbaik untuk umatnya kan.Aku juz serah kepada Allah.Kepada senior tu,aku doakan terbaik untuk result SPM dia dan bertemu jodoh dengan orang yang terbaik.Pertemuan,jodoh,ajal,maut semuanya ketentuan Allah.Aku terima semua tu dan jalani kehidupan dengan penuh kesabaran.





Tuesday, March 4, 2014

Miss you



Seriously,aku rindu gila kat dia.Aku bukanlah angau dengan dia tapi perasaan rindu tu tak semestinya untuk orang yang dicintai sahaja.Kalaulah hang tahu aku yang ada kat sini sangat merindui hang,kan best.Kalau boleh aku nak bagitau hang yang aku rindu hang gilerrrr.








P/S This is the Special Letter for you

''Wei,aku rindu sangat.Kadang-kadang aku macam nak telefon hang ja sebab dari darjah 6,aku still ingat nombor telefon hang sampai sekarang.Tapi aku takut kalau hang dah lupa aku.Hubungan kita x rapat start form 2.Awal tahun,hang chat gila lama dengan aku tapi malam tu,hang  macam x layan aku.Selalunya,hang start chat dulu tapi aku pulak jadi orang first.Aku tau hang sibuk dengan sekolah pastu duduk asrama.Aku faham tapi aku terasalah sikit sebab hang x layan aku macam dulu dah.Aku buatlah merajuk tapi hang x pujuk pun.Aku trylah dengan cara x kawan dengan hang kat facebook.Tapi,memanglah hang minta friend request balik,cuma hang minta sekali ja.Aku minta maaf sebab x approve tapi aku nak uji hang sama ada  perangai hang macam  dulu lagi ka?Dulu,hang akan cuba jugak sampai dapat walau dengan macam mana cara pun.Tapi,hang x minta balik,aku rasa macam hang dah banyak berubah sejak  naik sekolah menengah.Seriously,aku minta maaf giler2 kat hang tapi aku just nak uji keikhlasan hang.Aku sebenarnya suka stalk hang kat facebook dan aku sebenarnya kalau bolehlah aku nak jumpa hang dan minta maaf.Aku tau hang merajuk tapi aku jadi x suka dengan perangai merajuk hang sebab hang bukan suka merajuk pun.Aku kenal hang dah lama kot.Aku rindu giler dengan mesej hang,IMY''.